01 October 2012

Gadis dan Bola Sepak.

Assalamualaikum, dan hai.


Aku perempuan. Dan aku tak pernah suka bola sepak. Sampai lah satu hari diperkenalkan oleh seorang kawan (baca: ditunjukkan gambar yang di cut-out dari suratkhabar) dengan seorang pemain bola ni, pemain Manchester United kot masa tu kalau tak silap. Tapi sampai sekarang aku masih tak minat bola sepak, haha. Cristiano Ronaldo. Nama pun macam gempak. Fikiran pertama yang terpacul masa tu ialah "handsome gila."



Tipikal meh?


Gadis dengan jiwa tingkatan 2 mesti akan cair. Tapi aku dah tak ingat pun nama dia sekarang :P



Tidak sampai seminit mengenal nama, dah ngaku jadi peminat. Tidak pernah menonton perlawanan dah kata "Aku lah fan nombor satu." Pernah sekali aku terperosok dengan perangai macam ni. Harom betul.


Minat apabila sudah ter-obses akan membawa kepada satu penyakit (yang menakutkan) seperti psiko yang punya gambar si pemain sama ada digunting dari suratkhabar ataupun dicetak dari internet tampal merata dalam fail, atas meja, celah almari dan pada dinding. Yang paling hebat, tak semena-mena si pemain hengsem ni jadi 'suami' dia, 'pakwe' dia, 'hubby', 'baby' dan apa-apa lagi istilah muntah hijau yang sampai ke satu tahap yang paling aku tak faham, bila pemain kesayangan dah ada buah hati, habis gambar dia kena hamun cerca maki, "you curang!" "you tak setia!" "I benci you la gilaaa". Tak semena-mena yang di sekeliling pun terkena tempiasnya =.=


Padahal yang kena maki tu dia tak tau apape pun, buhaha.














TAHUKAH ANDA?

Dianggarkan sebanyak 80% gadis-gadis yang mendakwa mereka kipas-susah-mati Manchester United tak tahu pun ada perlawanan antara Man Utd dengan pasukan adfghjkl malam semalam. (sumber: Twitter)

**Dan aku lah yang tergolong dalam 80% tu. Nama pasukan lawan pun aku tak tau. Kbai.



2 comments:

Thanks for commenting! :)