30 October 2012

Taipo

Alkisahnya menaip tugasan,
nama binti menjadi bini.


Nurul Izzah bini Razaman.


=__=


Simpang malaikat empat puluh empat
Sekian sahaja pantun dua kerat.

28 October 2012

Tension and depression.

Sedar yang adalah satu kesilapan aku tak mohon PTPTN since I am quite a failure regarding matters related to goverment('s moneys), i.e. I'm no success for JPA scholarship. Lol this is the third time I mention it here. Siap konon buat i.e. lagi.


So it's a confirm state that I am now fully depended on my mom, and nenek for this whole semester. If muka tak malu, I might have to rely on my uncles too and . . . who knows.


I'm a failure. I just said it. Yes I'm the loser like one of a kind.


Tapi punca sebenar kepada satu lagi entri di bawah label roller coaster ini ialah; laptop aku rosak dalam satu kejadian yang tidak dapat dikawal lagi. A few other things broken and ripped to pieces until one point I realized I really need those stuffs, undoubtedly, but it's too late. When no other financial source (besides families) means no extra money, then no extra money means no repair lah for the laptop.


Eh hai, nak rojak? Kalau rojak tak sedap boleh je tinggal sekarang tak payah habiskan tak payah bayar. Sapa habiskan kena bayar. Eh. Takyah nak eh sangat.


I'm in deep stress and I might consider to find myself a personal psychologist to be my professional confidante. (Mood nak cari psychologist kesan dari tengok movie hindustan Ek Main Aur Ekk Tu sebanyak 5 kali dalam tempoh 48 jam di saluran Astro ABO 952 lol terbagi iklan pulak). Hoho apa lol lol tak kelakar pun tak payah nak lol sangat.


Btw the mood is still on, selamat hari raya qurban. Since laptop dah officially jahanam, tak dapat gua nak post gambar lembu qurban kat rumah gua semalam. Bye.


Tulis entri ni pun aku rasa TENSION GILA WOI. Argh



25 October 2012

First novel attempt of the year, hoho yeahh

The title and the author are all up there :)


Yes. I've been longing to read novels again, gila bapak dah lama aku tak baca novel. Asal baca je tertidur, asal baca je tertidur, dan-dan sampai ke tahun depan satu novel pun tak habis baca.


Harry Potter and The Deathly Hallows sebagai contoh. 15 bulan aku pinjam bendalah tu, bawak ke hulu ke hilir dahla buku kulit keras, mana pernah habis baca. Lepastu masa nak pulang kena denda pulak tu .___.


Eh apasal entri tetiba jadi Melayu nih? Wakaka!




When life throws you a loop, make a bow out of it.
The Tall Pine Polka, chapter 5.


Kepada kawan-kawan semua, especially kelas Aplikasi Komputer set 2 dan kakak mentor, Kak Iema, if you guys do even read me lah, hehe



SELAMAT BERCUTI
DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
U'OLLS :D








24 October 2012

Googled pictures I found all over the web. [Mode: Stupidly HILARIOUS]

Hi. Since I have no idea (yet) of what to talk on sports, so I did some research on something stupid. So yeah..




The results that came out nearly cost me my life for I cried my lungs out bahahah! Are you ready?




























And what's with his hand? Hahaha




=..=











Suddenly I remember this incident that happened to me -.-






Oo yeah!!



Yeah that's what Google does for you when you're feeling down, just type in funny and stupid keywords, voila! Eat the results all up, haha.


That's all for now, bye! :)


23 October 2012

Drama. Surat dari hati untuk pakcik Rengit.

Petang tadi ada berlaku sedikit drama di atas bas. Bas yang buat ku termengah-mengah mengejar, sedang hati betul-betul dipalit rasa bersalah sebab berlenggang-lenggang beli keropok sekali tengah jalan nak sampai bus stop lagi sikit ja, cis bas dah sampai!


Terkeluar suara tikus aku. Eeeeeek!


Kejar. Aku kejar. Kejar sebab risau akan rasa lebih bersalah kalau tertinggal bas tu. Aku kejar.


Pendekkan cerita, inilah surat dari hati yang nak aku sampaikan kat pakcik drebar bas tu. Sorry ayat dalam surat ni control cun. Sebab baru tulis tadi, dalam keadaan keadaan control cun juga. Tadi pergi kelas tak bawak buku nota, inilah padahnya jadi padan muka tak dapat nak bagi surat secara berdepan, terus, live gitu.


Surat ni panjang. Sapa nak baca, baca, tak nak baca, tak kisah.


Main lagu entri dengan tekan butang play :)





Assalamualaikum, pakcik drebar.

Saya mintak maaf kerana saya rasa saya ada menyusahkan pakcik, untuk suruh tunggu kejap ada kawan saya lagi sorang belum naik lagi. Kami balik sama-sama, satu kolej, jadi saya naik takkan saya nak tinggal dia pulak jadi saya mintak pakcik tunggu sekejap.

Pakcik ingat tak siapa saya? Mungkin pakcik tak ingat tapi saya lah orang yang pakcik tengking dalam bas tadi petang, pakcik tengking kuat sampai saya rasa semua penumpang dalam bas tu boleh dengar pakcik marahkan saya sebab pakcik dah tak banyak masa, kena kejar waktu. Dan saya di situ, di hadapan pakcik, berdiri di pintu, di hadapan rakan-rakan UKM lain, mendengar omongan pakcik, tengkingan pakcik, dengan senyap. Dan saya tetap cuba untuk senyum.

Saya hormat pakcik sebab pakcik lebih tua dari saya. Dan saya boleh bayangkan betapa penatnya pakcik bawak bas tu dari pagi, sampai petang, sebab sebelum ni saya pernah dengar keluhan seorang pakcik drebar bas lain. Dia kata penat.. sakit kaki, sebab jalan jammed dengan tengah adanya pesta konvokesyen sekarang ni. Alhamdulillah malam ni malam last pesta tu. Esok dah tak jammed lagi, semoga pakcik-pakcik sekalian boleh tarik nafas lega :)

Tapi pakcik. Saya manusia. Saya perempuan. Saya first year. Dan saya kena tengking depan orang ramai.. Malunya saya waktu tu, sampai saya terfikir, apa pakcik rasa kalau orang lain buat anak perempuan pakcik macam tu, malukan anak perempuan pakcik depan orang?

Saya marah, tapi saya masih fikir hormat saya pada pakcik. Pakcik kata pakcik tak boleh tunggu lagi dah, dengan bengis, seribu kerutan di muka. Dua tiga kali saya minta tolong tunggu sekejap. Kemudian saya kata tak apalah, terima kasih. Dalam hati saya doa banyak-banyak, hanya Kau sahaja yang tahu apa jadi lepas ni, ya Allah.

Tak lama, rupa-rupanya kawan saya dapat kejar bas. Dia sempat naik, dan sempat juga telinga saya tangkap bebelan pakcik, saya tutup telinga. Tak nak dengar dah. Saya duduk dan cuba tenangkan hati. Tetapi dugaan belum berakhir, saya dan kawan saya salah naik bas.

Salah sangka sebab nak cepat. Jadi kami baffled di situ.

Destinasi kami Kolej Pendeta Za'ba tapi sudah tersesat jauh ke Kolej Keris Mas. Saya datang ke depan bas, dan saya tanya pakcik "Lepasni bas ni menghala ke mana?"

Tak semena-mena kami terpaksa makan amarah pakcik, marah betul pakcik waktu tu. Dan secara tiba-tiba darah saya menyirap, saya kata pada pakcik, "Kalau nak marah-marah aje macam ni baik tak payah jadi pemandu bas."

Saya minta maaf sebab kurang ajar. Bukan nak tunjuk saya bagus, tak, saya orang biasa. Tapi saya rasa ada benarnya apa saya cakap. Kalau pakcik rasa pakcik asyik rasa nak marah, tinggi suara, rasa stres bawak bas, membuak-buak rasa nak menengking para penumpang atau sesiapa yang bercakap dengan pakcik (pakcik bercakap dalam telefon pun menengking-nengking) baik pakcik jangan bawak bas. Lagi-lagi bawak bas untuk bawak student pergi fakulti atau pulang kolej. Mengancam nyawa kami. Baik berhenti.

Sebab ini di U, pakcik kata pakcik kejar masa. Kami pun kejar masa, sebab tu saya, nampak bas, walaupun jarak waktu itu lebih 300-500 meter, saya lari, saya kejar bas, sebab saya juga kejar masa. Kami semua, pelajar universiti, kejar masa. Jadi apakah tak ada rasa bertimbang rasa pakcik terhadap kami, atau sekurang-kurangnya saya yang pada masa tu jelas semput dan termengah-mengah, tapi pakcik dah marah menengking meninggi suara seolah-olah saya jahanamkan bas pakcik.

Sedih saya. Kali kedua dah kena marah dengan suara tinggi, saya turun, padahal belum puas lagi rasa di hati rasa nak tembak je pakcik. Saya marah. Saya membebel. Saya tendang bas hijau tu. Tapi sebab saya tak ada kuasa super saiya jadi tak dapat lah bas pakcik merasa melayang ke Dataran Gemilang. Saya hilang kesabaran, rasa seperti nak menangis. Lepastu saya mencarut.

Saya tahan menangis dengan sumpah seranah. Sumpah seranah untuk pakcik, hampir saja saya doakan periuk nasi pakcik lingkup dengan perangai pakcik macam tu. Tapi saya telan semula, sebab saya fikir pakcik pasti ada anak isteri, yang perlukan pakcik.

Panjang betul surat ni, saya rasa dah lenguh tangan menaip ni. Dan pakcik bukannya baca pun surat ni. Hehe. Takpelah, saya dah puas mencarut di KKM tadi, letih dah. Bukan seronok pun mencarut ni. Semoga pakcik berbahagia selalu.


You've got a face for your smile oh you know



Song played: World of Chances by Demi Lovato.



Saya berbesar hati kalau pengurusan bas Trans Rengit boleh ambil berat tentang pemandu dan pekerja mereka, jaga kebajikan supaya mereka kurang rasa beban, boleh laksanakan tugas dengan baik, bahagia, gembira. Supaya tak perlulah tiba-tiba student yang nak guna bas tiba-tiba kena tengking untuk perkara yang tak lah serumit mana.


Tapi ada jugak sorang pakcik drebar ni, baik, setiap kali student mintak tolong dia akan layan dengan senyuman dan sentiasa sudi hulurkan pertolongan. Setiap kali student turun dan ucapkan terima kasih, dia akan jawab sama-sama :)


Sorry entri panjang sangat, tak perasan. Sekian dan assalamualaikum. Selamat malam, Trans Rengit :)

22 October 2012

Khabar angin dan umpat-mengumpat


(Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal yang besar.
Surah An-Nur, ayat 15.


Sekadar perkongsian, untuk ingatan diri sendiri jugak sebab kadang-kadang khilaf ter-slip jugak umpatan dari lidah sebab hilang pertimbangan dan perasaan.


Asif jiddan.

21 October 2012

Ulasan: Kelantan juara Piala Malaysia 2012

Assalamualaikum.


Lambat sikit kemaskini entri tentang kemenangan Kelantan ke atas ATM malam tadi. Entri ini adalah untuk memenuhi keperluan tema yang dipilih iaitu sukan. Teruskan membaca :)




Sumber: Sinar Harian



Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan ATM dengan jaringan 3-2 dalam perlawanan akhir malam tadi (20 Oktober 2012) di Stadium Shah Alam sekali gus merangkul kejuaraan treble 2012 iaitu tiga kejuaraan dalam musim ini ― Juara Liga Super, Juara Piala FA, dan Juara Piala Malaysia.


Jaringan pertama dilakukan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-43 separuh masa pertama perlawanan, kemudian ATM menyamakan kedudukan dengan jaringan Rezal Zambery Yahya pada separuh masa kedua menjadikan kedudukan, 1-1 sama. Namun Kelantan kembali di hadapan dengan jaringan oleh Norshahrul Idlan seminit selepas itu.


Gol penyamaan berjaya diperolehi hasil tandukan Marlon Alex James pada minit ke-61 sekaligus menjadikan kedudukan antara kedua-dua pasukan 2-2. Akibat terikat, masa tambahan diberi sebanyak 30 minit.


Namun pada minit ke-5 masa tambahan tersebut, satu gol berjaya dijaringkan hasil gerakan menarik Indra Putra sekaligus menjadi memberi kemenangan hebat buat Kelantan dan menguburkan harapan ATM untuk menjuarai Piala Malaysia kali ini.


Berikut ringkasan perlawanan tersebut:


Jaringan ATM

  • Rezal Zambery Yahya - minit ke-48
  • Marlon Alex James - minit ke-61

Jaringan Kelantan

  • Norshahrul Idlan Talaha - minit ke-43 dan 49
  • Indra Putra - minit ke-95

Kedudukan jaringan: (3) Kelantan - (2) ATM



Ringkasan keseluruhan Piala Malaysia 2012:

  • Juara: Kelantan
  • Naib juara: ATM
  • Pemain terbaik perlawanan akhir: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
  • Pasukan fair play: Kuala Lumpur



Sekian sahaja dari saya. Akhir kata, TAHNIAH KELANTAN! Gomo kelate gomo~ :D





[sumber berita: Utusan Malaysia, Sinar Harian, Sokernet, dan blogger bebas]

Now and then


Song to play: Let's Just Fall In Love Again by Jason Castro





You know your childhood is over when you fall asleep on the couch and wake up on the couch.


Have you ever heard or read over this saying? It is all over the Twitter (on my timeline, at least). And I had mixed reactions inside.


When I was a kid, I often fell asleep in front of the television while watching or laid soundly on the bare floor. Whether I was playing Scrabble and games or doing homework, you name it. And the next morning usually I'll wake up realizing I'm on my cozy bed covered with warm tender and fluffy blanket (exaggerated, of course). At earlier moments I'll be wondering, "oh my.. how do I get here?"


But things changed now, no? Whether you sleep on your study table and your mom wake you up to tell you to get on the bed, or you sleep on the couch and wake up on couch (well most probably on the floor) :B


When we're in that particular phase, we can't seem to see it moving. During our childhood days, it felt like forever to get older, don't you think? I still remember how I can't wait to get in secondary school and enroll university and get my dream job. The list goes on..


Next phase is called the phase of adolescence, which I am nearly at the end of it. We wonder how fast time flies? Could it be that time moves at the speed of light? That things change so quick, that we grew up in a blink of the eye.


That we are 19 now.

The 'we' here is referred to me myself. It is a free entity, you can choose who entitled for that noun :)




Part of getting older is realizing that you can integrate all these different areas of your life, rather than the adolescent mindset, which for me lasted a long time, which says, "It's all or nothing." ―Chris Robinson.



An adolescent is somebody who is in between things. A teenager is somebody who's kind of permanently there. And so living with them through the various teenage hopes and sorrows and joys was curiously enough a maturing experience for me. ―Andrew Greeley.



The day the child realizes that all adults are imperfect, he becomes and adolescent; the day he forgives them, he becomes an adult; the day he forgives himself, he becomes wise. ―Alden Nowlan.


Sorry for spamming your eyes with these aimless adolescent quotes, haha. And no, today is not my birthday.


          And oh, I'll hold your hand when we drive
          And we'll lose track of all the time
          And we'll tell everyone that
          We ain't never felt so alive

20 October 2012

My rants on worldly thing called sports.

Assalamualaikum. Ewah tajuk bahasa Inggeris tetiba isi entri bahasa Melayu, LOL. Entri ini adalah entri pertama yang aku letak di sini for personal ranting purpose. Hopefully this will be the first and the last.


Ah rojak sudah.


Baik aku mulakan. Aku memang sejak azali lagi, sejak aku lahir malah mungkin sejak aku masih berada di dalam rahim ibu lagi yang Allah dah takdirkan yang aku tak akan minat pada sukan. Tak akan. Even if I tried.


 Make a big troll face, audience.



ZAMAN SEKOLAH RENDAH


  • Marathon pusing padang cenonet: Member-member ambik masa 15 minit hingga 20 minit. Aku ambik masa satu jam.
  • Merentas desa 7km: Teman-teman seperjuangan 1 jam perjalanan (dengan kaki) dah sampai perkarangan sekolah, aku ambik masa 2 jam masih terkedek-kedek berpeluh berlelah semput tarik nafas hembus tarik nafas hembus kalau dapat melihat just a glimpse of pintu pagar sekolah pun dah sangat bersyukurrrr.
  • Main bola jaring: Ahli sepasukan tak nak baling kat aku. Bila aku mintak baling, bola terbaling kat muka aku.


Picture credited to: 1UPWN


Nasib baik gambar kat atas tu bola ragbi. Puaka sungguh.



ZAMAN SEKOLAH MENENGAH


  • Main bola sepak: Konon nak bagi gol, sepak sekuat hati tapi kasut aku yang melayang. Tak masuk gol pulak tu.
  • Merentas desa 10km: Tak larat → Duduk tepi jalan pura-pura sakit perut → Cikgu tanya → Balik sekolah naik van → Sampai awal → LOL
  • Masuk kelab pingpong: Rasa bosan sebab net kecik sangat, cemburu melihat kawan-kawan lain main badminton melolong melalak. Dua tahun join, lepastu keluar.
  • Tahun seterusnya masuk kelab bola jaring: Jadi setiausaha je. LOL



ZAMAN MATRIKULASI


  • Aku duduk jauh-jauh dari segala aktiviti sukan. Sebab tu aku tak ada effort langsung nak sertai KAKOM (Karnival Kokurikulum antara Matrikulasi) 2012, paling tak pun masuk try masuk kebudayaan (menari). Itu pun dah bila suarakan hasrat nak masuk kebudayaan, tidak semena-mena mendapat 'surat amaran' dari nenek, dan pakcik:



"Jangan berani-berani nak masuk menari."



Picture credited to: snstoman




But at least I tried.


Aku kalau bab baling-baling bola (bola jaring, bola keranjang, bola baling, etc) memang selalunya bola akan tepat melayang ke muka aku. Kisah benar, tak tipu. Paling tak pun aku hebat menangkap angin! Bab sepak-sepak pukul-pukul bola (bola sepak, futsal, besbol, hoki dan sebagainya) selalunya peralatan akan terbang dulu: kasut, pemukul, atau air liur (sebab mencarut membabi buta terhadap peralatan tersebut).


Kalau masuk acara lari, dapat nombor kedua terakhir pun sudah alhamdulillah.. Sujud syukur.. takdela malu sangat kalau dibanding dengan dapat nombor terakhir hee hee hee.


Tapi mungkin di sebalik semua ini sebenarnya, ada jugak sukan yang aku pandai. Ada jugak sukan aku yang reti main. Ada jugak sukan yang tak buat hidung aku berdarah. Ada jugak sukan yang aku selalu sertai..






Iaitu SUKANEKA. Kbai!

19 October 2012

Balik. Beg besar

Perhentian: MidValley.

Sorang-sorang di Oasis Food Court ketika ini. Tumpang duduk tak mahu makan, sekadar mahu melepaskan lelah di kaki.

Hajat di hati mahu melantak McD. Tapi malasnya mahu menapak ke lantai G. Oh terharu sungguh dengan nasib diri duduk di meja penjuru, keseorangan, buat muka tak malu.

Kepada sahabatku Anis, yang mungkin tidak akan membaca post ini, cepatlah datang woiii




Lahh ramai lah pulak orang.

Malu den.

Genggam baju

[This post doesn't relevant to me anymore. But I don't want to keep it as a draft.]






Status semalam: Letih. Rasa nak deactivate facebook.










Tapi aku tak jumpa mananya nak deactivate tu, bhahah. Benci timeline.



Aku gelak gelak pun, aku huha huha pun, jauh di sudut hati, aku tak boleh nafikan yang aku betul betul sedih.


:)


Smiley. Itu je lah yang mampu aku buat untuk sorok sedihnya tersiatnya tercariknya perasaan jantung hati ku ini. Haha


Dan haha.


Aku hargai kewujudan ejaan 'haha' ni, sebab tak kira lah dalam apa situasi pun ayat tu, ia seolah-olah menjadi satu faktor peneutral untuk semua emosi, dari sedih menjadi gembira, dari bodoh menjadi pandai, dari hot menjadi cool, atau ikut suka kau lah nak rasa apa.



Contoh: Puaka betulla kau ni, haha.

Contoh: Awak masak tak sedap langsungla, haha.

Contoh: Padan muka tak dapat JPA, haha.


Oh yang last tu best. Asyik post pasal JPA tak habis-habis. BANGG!


Tertembak diri sendiri.

18 October 2012

I knew it.


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA
TAHUN 2012




Nama PenuhNURUL IZZAH BINTI RAZAMAN
ProgramPROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA

Keputusan

TIDAK BERJAYA

Terima kasih diatas permohonan saudara/saudari untuk mendapatkan penajaan JPA.
Walau bagaimanapun, permohonan saudara/saudari tidak berjaya.


Sekian, terima kasih.













Sama-sama. So tak bolehla nak belanja Encik Azzwan makan. Hihi :)

First year student in Majlis Anugerah Dekan :)

I bet you all are a bit confused (or not), this "Majlis Anugerah Dekan" titled entry is under label of KEMSIS '12. Why?


A fast flashback to last week, at October 12, Friday. I have been asked by one of the senior sister cum faci sister of KEMSIS to be the emcee of this function (the Majlis Anugerah Dekan). But how does this related, you may ask?


So here's how the story begin.


Last day of KEMSIS, I was assigned to be the emcee of the closing ceremony together with my fellow FEP-ian, Amirul Hidayat, yes. It was an abrupt request by abang Shafiq. That time I was like, emcee ???? Whaaaaaaaaat.







*gasp*



I kept asking him "why me? why me?" and I repeated "no, I can't, I can't, please, no I can't" like thousands and trillions of times but I did it anyway, just to challenge myself  ketaq kepala lutut beb.


It was my first time doing something that needs me to stand in front, hold the mic, read the text, smile, and speak for a function and making sure I don't quiver, blergh. Such an ultimate oh-my-God moment.






There, the picture up there tells everything. I was freakingly nervous, I can't even smile I looked like a child to cry for losing the mom's hand at the shopping mall stares at nothing but her own feet and clenches her teeth messes her own hands DAMN IT -.-










Amirul Hidayat

The emcee boy :)






OMG is that me?? Garangnya makcik, LOL.



Just soon after the ceremony ended, kak Mawaddah asked me to do emceeing for the upcoming Majlis Anugerah Dekan. I seriously thought it was just; okay you did quite good just now so maybe you should try the interview for the Majlis Anugerah Dekan along with other possible emcees. Ecewah. But it's not.


On Wednesday, I've been asked, "Got free time this Friday?" and I thought it was for the rehearsal purpose. But it's not.


I came to KTAMS (Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh) that Friday realizing that it is that very day the function is going to be held. Say whaaaaaaaaaat. I prepared nothing for this! And yeah I nearly died of heart attack because of that. Thank you.


But alhamdulillah, even though it started pretty messy (and actually it ended in a quite messy way too, got the day raining heavily like cats and dogs -.-) but it's okay.. Together with my three other friends, we got free lunch, free 'natural shower', and free photo session with the Dean.. All for free. Heheh.



M'mm yeah, all for free 



Nah, you've reached the end of this entry, yes you can shout that now - yay!!


But before that here's a picture from the Dean Awards Ceremony (baru nak translate-kan ke BI kau Jah). Had my first photo session with the Dean on my first year in UKM, when I don't even have to wait for my own Dean Award, it feels just awesome. Even if he seemed like he couldn't care less, but never mind, hehe :')



Us, with The Dean of Faculty of Economics and Management
Prof. Dr. Nor Ghani Md. Nor



I didn't match, I was the only one in blue. And I think I looked kinda plump there. Kbai



14 October 2012

The low budget food adventure :D

Eh tajuk nak bajet bahasa Inggeris pulak. Muahah


Assalamualaikum hai. Aku kat rumah sekarang ni! Hehe. Well firstly, meh aku terangkan, kenapa aku kata low budget food adventure? Ini adalah kerana cash aku sebenarnya dah habis, dan aku tak simpan duit dalam bank, tapi aku korek jugak dari ATM tu and alhamdulillah dapat gak duit, lawak tak? Okay tak pun. So dengan sekeping not tu je aku berjoli sakan beli makanan macam-macam.


Apa ceritanya? Kita zasss~

#np We Could Happen - AJ Rafael



Tadi siang gi jumpa Anis, my bestie since primary school. Kitorang plan nak jumpa kat Midvalley at 9.30 am (sorry bahasa rojak campur-campur, halal je la ea, rojak kan halal), but man! Aku bangun lambat, terlelap sampai pukul 9 perh lintang pukang aku bangun siapkan diri mandi kemas bilik kemas barang apa semua lah.


And unbelievably, in 15 minutes aku dah siap. Proof that I'm a superwoman :D


          This is my way of telling you
          I need you in my life
          It's so cold without your touch
          I've been dreaming way too much


TAHUKAH ANDA? Selama 19 tahun aku hidup kat Selangor ni, ini kali pertama aku jejak kaki ke Midvalley hehehe. But thanks to my coolness, walaupun aku taktau jalan tapi aku dapat jumpa Anis in quite a smooth way.. Sempat lagi tu aku singgah Rotiboy sebat dua jenis roti then makan sorang-sorang :p


Dah jumpa, blur pulak "dah nak pi mana pulak kita ni." Tak jadi tengok wayang, sebab aku dah sampai lambat. Kebetulan dah pukul 12, aku datang situ dengan tak sarapan, tak makan (Rotiboy dikecualikan - tembolok besar) so yes, it's makan time!!! :DD



Picture credited to: www.quickmeme.com



Pertama singgah McDonald's, been craving for the Samurai Burger. Ayat nak skema je kau Jah, tulis nama penuh McDonald's LOL. Tak ingat nak snap apa dah, sempat baca bismillah makan ngap aje terus! Haha ambik kau samurai.


Picture credited to: nothingmuchdave


Sedaaap :)


Next plan, makan. Dan makan. Dan seterusnya.. ..makan. Jalan-jalan beli macaroons di Le Macarons, pusing-pusing beli cream puff di Beard Papa's, tunggang-terbalik beli chocolate shake di Cupbon.


Semua di atas tak sempat nak snap gambar, tak ingat pun. Nampak di situ aura ganas dan buasnya aku makan tak ingat apa dah -__- Yang aku mampu kaedah nak terliurkan korang ialah ambik gambar dari blog lain dan kreditkan kat sini hehe



Picture credited to: BXGD's Flickr

Makan sambil feeling comel. Aku nak pegang pun berhati-hati sebab alahaaiii.. kiut je saiz nya sama besar dengan tapak tangan sepupu aku yang 6 bulan.



Picture credited to: deniseeeeeee


Rangup dan berkrim. Kedai ni memang tak kedekut inti, krim nya melimpah-limpah sampai saat aku makan tu, aku rasa sangat berterima kasih dengan kawan aku si Anis ni. Dia kata, "makan kat rumah je, jangan makan sambil jalan benda ni. Nanti sepah, tak pasal-pasal kau jadi sakai kang." Terima kasih Anis. I lap you.



Picture credited to: duckalot


Yang ini sumpah sedap.
Menangis aku minum ni sampai habis sebab terharu sangat dengan rasa coklatnya yang sangat rich! T__T



Picture credited to: my.0163286699.com


Last sekali sebelum balik kitorang singgah Big Apple, bawak balik 3 bijik donat sebagai buah tangan bawak balik rumah untuk nenek, mak, and pakcik :) Last-last kat rumah aku pun tumpang ngap sekali mhaha. All these (and more) for a price below RM50. Cukup rasa dan cukup value untuk aku :p


It was time to go home. Tepat-tepat je sampai KTM, tren baru sampai. Pheww. Started rush, ended well. A day full of troubles, yes it was, aku tak cerita kat sini, but in the end I reach home with something delicious to eat with the familia, it was a delightful feeling! :)


          I want you for myself..

          I've been thinking 'bout you lately,
          Maybe you can save me, from this crazy world
          we live in,
          I know we could happen cuz you know that I've been
          feelin' you

          I know you want me too,
          I know you want me too.


That's all. May Allah honours us with His blessings. And with food. Bye!



12 October 2012

A camping newbie

Assalamualaikum. Dah agak lama aku tamat kem dengan kengkawan baru, from KEMSIS. Tapi aku rasa cerita ni takkan lapuk (mungkin hanya bagi aku). Tapi ya bagi aku cerita ni takkan lapuk.


Macam-macam benda yang aku belajar dari pengalaman hanya sepanjang 3 hari di Kem Berhulu, Hutan Lipur Serting Ulu, Jempol, Negeri Sembilan. Complete nama dia aku ingat ni, ya Allah terasa nak nangis sebab rindu, huhu :'/


This is going to be a long post (with sequel, I remind you). So sebagai permulaan, nak lah aku cite apa aku rasa masa mula-mula nak pergi kem ni. Kalau ikutkan, setiap minggu aku balik rumah. Petang Khamis dah siap pack, hari Jumaat tahan bas 6Z untuk ke KTM balik. Jadinya 5 hb Oktober hari tu terpaksa aku korbankan cuti aku, tak balik rumah, pagi Jumaat tu packing apa pun belum lagi padahal pukul 3 nak kena kumpul kat fakulti dah. Pagi tu duduk bilik, meleleh-leleh air mata aku call rumah. Sebab seriously rindu gila dengan nenek :'(

#np No One Else Comes Close - Joe



*Minggu ni pun tak dapat nak balik macam biasa, hari Sabtu petang kot baru dapat jejak rumah, Ahad petang dah kena balik sini (sebab mak tak bagi balik malam).*


Sampai je di fakulti, punyalah happening dia punya feeling, 51 orang - 8 lelaki 43 perempuan semua muka excited je kan, dengan beg tangan kiri kanan kaki atas bawah, aku tengok je terus tak ingat apa tak ingat sedih dah! HAHA. Jahat je.




Tengok muka Ku Hariz Farhan la paling teruja :P
Lokasi: Depan FEP



Masa dalam perjalanan nak sampai kem tu, signal Maxis pun hilang, aku dah cuak. Pastu ternampak tiga ekor kambing bebiri ala tomei-tomei merayap atas kubur yang bilangannya cuma boleh dikira dengan jari. Dalam hati aku, "ah sudah.."


Tengok kem pulak gersang semacam je. Ada satu tasik keruh ni, kat tengah-tengah Kem Berhulu, sebenarnya tak tau pun tu tasik ke apa, nampak lebih macam air bertakung yang luas badak.. Haha.. Tertanya jugak apa tujuan tasik tu.. Macam eww.. *gaya gadis keyel* he he he


Honestly aku tak pernah join aktiviti camping. *Sesapa yang ingat slot tazkirah selepas solat maghrib, abang fasi ada tanya sape yang tak pernah gi kem, ada sorang yang angkat tangan, aku la tu. Haha*



#np Winter Sonata


Tapi kegusaran semua tu hilang zuuussshh ditiup angin 'sonata' Serting Ulu, kerana seronoknya KEMSIS aku dah tak ingat dah nak update twitter ke nak online online ke..


Start dari slot pertama lagi aku dah rasa macam seronok, sebab, aku pun tak dapat nak describe perasaan tu macam mana. Yang aku ingat, kakak-kakak dan abang-abang fasi memang serius peramah. *dahla serius, peramah pulak tu, acano? ha pikir lah sendiri*


"Kita ni semua ibarat satu famili, lelaki protect perempuan, perempuan protect lelaki."


Aku ingat lagi ayat ni, quoted from abang Shafiq punya ucapan masa malam ice breaking KEMSIS. Ada sebab ayat ni dilontar kat kami, iaitu sebab waktu pasang khemah a few hours earlier, khemah lelaki siap dulu. Yang perempuan ni laa terkial-kial nak put up the tent sebab ada ramai, lebih kurang 6 khemah (ke 9 khemah?) Oh serius tak ingat, yang penting banyak la. Lagi banyak nak banding dengan lelaki, alahaii 2 khemah je kui kui kui. Dan lelaki tak tolong pun perempuan pasang khemah, mungkin lepas dorang siap je terus duduk rehat-rehat menikmati angin sepoi bahang di Jempol. Mungkin.


Aku pun tak perasan. Sebab aku pun tak tolong sangat pasang khemah, aku lebih la lagi terkial, terkial-kial. Ah.




Jelas ke-blur-an aku di sini.



Khemah. Bercakap pasal khemah. Tension aku. Khemah kecik. Lepastu tak bawak lampu suluh, susah nak korek keluar barang dari beg sendiri. Lepastu waktu siang pukul 10 pagi tu, masuk khemah, bahang gilo aku habaq hang berpeluh-peluh macam pi marathon 500 kilometer punya jauh! Okay over.


Lepastu bilik air dia. *geleng-geleng je la sebab aku taktau dah nak bagi terang macam mana lagi yang sungguh, aku letih betul kalau masuk bab bilik air dia. Haih*


TAPI. Kalau semua benda nak senang, tak merasa la kita hidup macam mana susah orang lain hidup, ye dak? Baik tak payah keluar dari kepompong kebiasaan, duduk la nun situ di mana kita duduk. Sebab kesenangan tak datang bergolek. Sebab yang datang bergolek tu, bukan atas hasil usaha kita. Small matter, tapi itulah pelajaran pertama aku kat sini.


Ahh I'm such a camping newbie! :)




To be continued next time :)


Perbezaan pendapat

Bukan senang kita nak sampaikan apa yang kita rasa. Manusia diciptakan sangat unik sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti cap jari bagi setiap manusia di muka bumi ini adalah tak sama, tak ada yang serupa. Inikan pula kalau pendapat peribadi.







Tapi tak boleh jugak cakap macam ni.


Sebab kalau pendapat semua manusia berbeza, macam mana boleh terwujudnya persatuan sekerja? Dari mana terbentuknya ikatan belia dan remaja? (Contoh ya, contoh..) Hala tuju dari kesepakatan yang terbentuk adalah bertunjangkan matlamat yang sama. Manusia yang berbeza, tapi pendapat sama.


Tapi tak boleh jugak cakap macam ni.


Sebab walau dah bersatu pandangan dan hala tuju, pasti ada perselisihan pendapat ada orang ni nak macam ni ada orang tu nak macam tu dan seterusnya lah. Dalam persatuan yang baik ada jugak orang yang jahat, dalam persatuan jahat ada jugak orang yang baik.


Haha sesuka hati aku je nak tembak macam tu :P


Bergantung macam mana kita nak terima perbezaan tu.


Tapi aku ni jenis payah sikit kalau berselisih pendapat yang sampai tahap bertekak. Lagi kalau aku tau apa yang aku cakap tu betul, based on logic. Aku benci sempitkan pemikiran. Sempit-sempit tu jugakla yang susahkan kau, so akhirnya kau kena jugak pikir poin-poin dari orang lain dan terima lah walau 1% daripadanya.


Then aku buat apa?

























Duduk diam dan kutuk dalam hati. Kbai.

01 October 2012

Gadis dan Bola Sepak.

Assalamualaikum, dan hai.


Aku perempuan. Dan aku tak pernah suka bola sepak. Sampai lah satu hari diperkenalkan oleh seorang kawan (baca: ditunjukkan gambar yang di cut-out dari suratkhabar) dengan seorang pemain bola ni, pemain Manchester United kot masa tu kalau tak silap. Tapi sampai sekarang aku masih tak minat bola sepak, haha. Cristiano Ronaldo. Nama pun macam gempak. Fikiran pertama yang terpacul masa tu ialah "handsome gila."



Tipikal meh?


Gadis dengan jiwa tingkatan 2 mesti akan cair. Tapi aku dah tak ingat pun nama dia sekarang :P



Tidak sampai seminit mengenal nama, dah ngaku jadi peminat. Tidak pernah menonton perlawanan dah kata "Aku lah fan nombor satu." Pernah sekali aku terperosok dengan perangai macam ni. Harom betul.


Minat apabila sudah ter-obses akan membawa kepada satu penyakit (yang menakutkan) seperti psiko yang punya gambar si pemain sama ada digunting dari suratkhabar ataupun dicetak dari internet tampal merata dalam fail, atas meja, celah almari dan pada dinding. Yang paling hebat, tak semena-mena si pemain hengsem ni jadi 'suami' dia, 'pakwe' dia, 'hubby', 'baby' dan apa-apa lagi istilah muntah hijau yang sampai ke satu tahap yang paling aku tak faham, bila pemain kesayangan dah ada buah hati, habis gambar dia kena hamun cerca maki, "you curang!" "you tak setia!" "I benci you la gilaaa". Tak semena-mena yang di sekeliling pun terkena tempiasnya =.=


Padahal yang kena maki tu dia tak tau apape pun, buhaha.














TAHUKAH ANDA?

Dianggarkan sebanyak 80% gadis-gadis yang mendakwa mereka kipas-susah-mati Manchester United tak tahu pun ada perlawanan antara Man Utd dengan pasukan adfghjkl malam semalam. (sumber: Twitter)

**Dan aku lah yang tergolong dalam 80% tu. Nama pasukan lawan pun aku tak tau. Kbai.