12 October 2012

A camping newbie

Assalamualaikum. Dah agak lama aku tamat kem dengan kengkawan baru, from KEMSIS. Tapi aku rasa cerita ni takkan lapuk (mungkin hanya bagi aku). Tapi ya bagi aku cerita ni takkan lapuk.


Macam-macam benda yang aku belajar dari pengalaman hanya sepanjang 3 hari di Kem Berhulu, Hutan Lipur Serting Ulu, Jempol, Negeri Sembilan. Complete nama dia aku ingat ni, ya Allah terasa nak nangis sebab rindu, huhu :'/


This is going to be a long post (with sequel, I remind you). So sebagai permulaan, nak lah aku cite apa aku rasa masa mula-mula nak pergi kem ni. Kalau ikutkan, setiap minggu aku balik rumah. Petang Khamis dah siap pack, hari Jumaat tahan bas 6Z untuk ke KTM balik. Jadinya 5 hb Oktober hari tu terpaksa aku korbankan cuti aku, tak balik rumah, pagi Jumaat tu packing apa pun belum lagi padahal pukul 3 nak kena kumpul kat fakulti dah. Pagi tu duduk bilik, meleleh-leleh air mata aku call rumah. Sebab seriously rindu gila dengan nenek :'(

#np No One Else Comes Close - Joe



*Minggu ni pun tak dapat nak balik macam biasa, hari Sabtu petang kot baru dapat jejak rumah, Ahad petang dah kena balik sini (sebab mak tak bagi balik malam).*


Sampai je di fakulti, punyalah happening dia punya feeling, 51 orang - 8 lelaki 43 perempuan semua muka excited je kan, dengan beg tangan kiri kanan kaki atas bawah, aku tengok je terus tak ingat apa tak ingat sedih dah! HAHA. Jahat je.




Tengok muka Ku Hariz Farhan la paling teruja :P
Lokasi: Depan FEP



Masa dalam perjalanan nak sampai kem tu, signal Maxis pun hilang, aku dah cuak. Pastu ternampak tiga ekor kambing bebiri ala tomei-tomei merayap atas kubur yang bilangannya cuma boleh dikira dengan jari. Dalam hati aku, "ah sudah.."


Tengok kem pulak gersang semacam je. Ada satu tasik keruh ni, kat tengah-tengah Kem Berhulu, sebenarnya tak tau pun tu tasik ke apa, nampak lebih macam air bertakung yang luas badak.. Haha.. Tertanya jugak apa tujuan tasik tu.. Macam eww.. *gaya gadis keyel* he he he


Honestly aku tak pernah join aktiviti camping. *Sesapa yang ingat slot tazkirah selepas solat maghrib, abang fasi ada tanya sape yang tak pernah gi kem, ada sorang yang angkat tangan, aku la tu. Haha*



#np Winter Sonata


Tapi kegusaran semua tu hilang zuuussshh ditiup angin 'sonata' Serting Ulu, kerana seronoknya KEMSIS aku dah tak ingat dah nak update twitter ke nak online online ke..


Start dari slot pertama lagi aku dah rasa macam seronok, sebab, aku pun tak dapat nak describe perasaan tu macam mana. Yang aku ingat, kakak-kakak dan abang-abang fasi memang serius peramah. *dahla serius, peramah pulak tu, acano? ha pikir lah sendiri*


"Kita ni semua ibarat satu famili, lelaki protect perempuan, perempuan protect lelaki."


Aku ingat lagi ayat ni, quoted from abang Shafiq punya ucapan masa malam ice breaking KEMSIS. Ada sebab ayat ni dilontar kat kami, iaitu sebab waktu pasang khemah a few hours earlier, khemah lelaki siap dulu. Yang perempuan ni laa terkial-kial nak put up the tent sebab ada ramai, lebih kurang 6 khemah (ke 9 khemah?) Oh serius tak ingat, yang penting banyak la. Lagi banyak nak banding dengan lelaki, alahaii 2 khemah je kui kui kui. Dan lelaki tak tolong pun perempuan pasang khemah, mungkin lepas dorang siap je terus duduk rehat-rehat menikmati angin sepoi bahang di Jempol. Mungkin.


Aku pun tak perasan. Sebab aku pun tak tolong sangat pasang khemah, aku lebih la lagi terkial, terkial-kial. Ah.




Jelas ke-blur-an aku di sini.



Khemah. Bercakap pasal khemah. Tension aku. Khemah kecik. Lepastu tak bawak lampu suluh, susah nak korek keluar barang dari beg sendiri. Lepastu waktu siang pukul 10 pagi tu, masuk khemah, bahang gilo aku habaq hang berpeluh-peluh macam pi marathon 500 kilometer punya jauh! Okay over.


Lepastu bilik air dia. *geleng-geleng je la sebab aku taktau dah nak bagi terang macam mana lagi yang sungguh, aku letih betul kalau masuk bab bilik air dia. Haih*


TAPI. Kalau semua benda nak senang, tak merasa la kita hidup macam mana susah orang lain hidup, ye dak? Baik tak payah keluar dari kepompong kebiasaan, duduk la nun situ di mana kita duduk. Sebab kesenangan tak datang bergolek. Sebab yang datang bergolek tu, bukan atas hasil usaha kita. Small matter, tapi itulah pelajaran pertama aku kat sini.


Ahh I'm such a camping newbie! :)




To be continued next time :)


No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :)