23 October 2012

Drama. Surat dari hati untuk pakcik Rengit.

Petang tadi ada berlaku sedikit drama di atas bas. Bas yang buat ku termengah-mengah mengejar, sedang hati betul-betul dipalit rasa bersalah sebab berlenggang-lenggang beli keropok sekali tengah jalan nak sampai bus stop lagi sikit ja, cis bas dah sampai!


Terkeluar suara tikus aku. Eeeeeek!


Kejar. Aku kejar. Kejar sebab risau akan rasa lebih bersalah kalau tertinggal bas tu. Aku kejar.


Pendekkan cerita, inilah surat dari hati yang nak aku sampaikan kat pakcik drebar bas tu. Sorry ayat dalam surat ni control cun. Sebab baru tulis tadi, dalam keadaan keadaan control cun juga. Tadi pergi kelas tak bawak buku nota, inilah padahnya jadi padan muka tak dapat nak bagi surat secara berdepan, terus, live gitu.


Surat ni panjang. Sapa nak baca, baca, tak nak baca, tak kisah.


Main lagu entri dengan tekan butang play :)





Assalamualaikum, pakcik drebar.

Saya mintak maaf kerana saya rasa saya ada menyusahkan pakcik, untuk suruh tunggu kejap ada kawan saya lagi sorang belum naik lagi. Kami balik sama-sama, satu kolej, jadi saya naik takkan saya nak tinggal dia pulak jadi saya mintak pakcik tunggu sekejap.

Pakcik ingat tak siapa saya? Mungkin pakcik tak ingat tapi saya lah orang yang pakcik tengking dalam bas tadi petang, pakcik tengking kuat sampai saya rasa semua penumpang dalam bas tu boleh dengar pakcik marahkan saya sebab pakcik dah tak banyak masa, kena kejar waktu. Dan saya di situ, di hadapan pakcik, berdiri di pintu, di hadapan rakan-rakan UKM lain, mendengar omongan pakcik, tengkingan pakcik, dengan senyap. Dan saya tetap cuba untuk senyum.

Saya hormat pakcik sebab pakcik lebih tua dari saya. Dan saya boleh bayangkan betapa penatnya pakcik bawak bas tu dari pagi, sampai petang, sebab sebelum ni saya pernah dengar keluhan seorang pakcik drebar bas lain. Dia kata penat.. sakit kaki, sebab jalan jammed dengan tengah adanya pesta konvokesyen sekarang ni. Alhamdulillah malam ni malam last pesta tu. Esok dah tak jammed lagi, semoga pakcik-pakcik sekalian boleh tarik nafas lega :)

Tapi pakcik. Saya manusia. Saya perempuan. Saya first year. Dan saya kena tengking depan orang ramai.. Malunya saya waktu tu, sampai saya terfikir, apa pakcik rasa kalau orang lain buat anak perempuan pakcik macam tu, malukan anak perempuan pakcik depan orang?

Saya marah, tapi saya masih fikir hormat saya pada pakcik. Pakcik kata pakcik tak boleh tunggu lagi dah, dengan bengis, seribu kerutan di muka. Dua tiga kali saya minta tolong tunggu sekejap. Kemudian saya kata tak apalah, terima kasih. Dalam hati saya doa banyak-banyak, hanya Kau sahaja yang tahu apa jadi lepas ni, ya Allah.

Tak lama, rupa-rupanya kawan saya dapat kejar bas. Dia sempat naik, dan sempat juga telinga saya tangkap bebelan pakcik, saya tutup telinga. Tak nak dengar dah. Saya duduk dan cuba tenangkan hati. Tetapi dugaan belum berakhir, saya dan kawan saya salah naik bas.

Salah sangka sebab nak cepat. Jadi kami baffled di situ.

Destinasi kami Kolej Pendeta Za'ba tapi sudah tersesat jauh ke Kolej Keris Mas. Saya datang ke depan bas, dan saya tanya pakcik "Lepasni bas ni menghala ke mana?"

Tak semena-mena kami terpaksa makan amarah pakcik, marah betul pakcik waktu tu. Dan secara tiba-tiba darah saya menyirap, saya kata pada pakcik, "Kalau nak marah-marah aje macam ni baik tak payah jadi pemandu bas."

Saya minta maaf sebab kurang ajar. Bukan nak tunjuk saya bagus, tak, saya orang biasa. Tapi saya rasa ada benarnya apa saya cakap. Kalau pakcik rasa pakcik asyik rasa nak marah, tinggi suara, rasa stres bawak bas, membuak-buak rasa nak menengking para penumpang atau sesiapa yang bercakap dengan pakcik (pakcik bercakap dalam telefon pun menengking-nengking) baik pakcik jangan bawak bas. Lagi-lagi bawak bas untuk bawak student pergi fakulti atau pulang kolej. Mengancam nyawa kami. Baik berhenti.

Sebab ini di U, pakcik kata pakcik kejar masa. Kami pun kejar masa, sebab tu saya, nampak bas, walaupun jarak waktu itu lebih 300-500 meter, saya lari, saya kejar bas, sebab saya juga kejar masa. Kami semua, pelajar universiti, kejar masa. Jadi apakah tak ada rasa bertimbang rasa pakcik terhadap kami, atau sekurang-kurangnya saya yang pada masa tu jelas semput dan termengah-mengah, tapi pakcik dah marah menengking meninggi suara seolah-olah saya jahanamkan bas pakcik.

Sedih saya. Kali kedua dah kena marah dengan suara tinggi, saya turun, padahal belum puas lagi rasa di hati rasa nak tembak je pakcik. Saya marah. Saya membebel. Saya tendang bas hijau tu. Tapi sebab saya tak ada kuasa super saiya jadi tak dapat lah bas pakcik merasa melayang ke Dataran Gemilang. Saya hilang kesabaran, rasa seperti nak menangis. Lepastu saya mencarut.

Saya tahan menangis dengan sumpah seranah. Sumpah seranah untuk pakcik, hampir saja saya doakan periuk nasi pakcik lingkup dengan perangai pakcik macam tu. Tapi saya telan semula, sebab saya fikir pakcik pasti ada anak isteri, yang perlukan pakcik.

Panjang betul surat ni, saya rasa dah lenguh tangan menaip ni. Dan pakcik bukannya baca pun surat ni. Hehe. Takpelah, saya dah puas mencarut di KKM tadi, letih dah. Bukan seronok pun mencarut ni. Semoga pakcik berbahagia selalu.


You've got a face for your smile oh you know



Song played: World of Chances by Demi Lovato.



Saya berbesar hati kalau pengurusan bas Trans Rengit boleh ambil berat tentang pemandu dan pekerja mereka, jaga kebajikan supaya mereka kurang rasa beban, boleh laksanakan tugas dengan baik, bahagia, gembira. Supaya tak perlulah tiba-tiba student yang nak guna bas tiba-tiba kena tengking untuk perkara yang tak lah serumit mana.


Tapi ada jugak sorang pakcik drebar ni, baik, setiap kali student mintak tolong dia akan layan dengan senyuman dan sentiasa sudi hulurkan pertolongan. Setiap kali student turun dan ucapkan terima kasih, dia akan jawab sama-sama :)


Sorry entri panjang sangat, tak perasan. Sekian dan assalamualaikum. Selamat malam, Trans Rengit :)

No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :)