19 October 2012

Genggam baju

[This post doesn't relevant to me anymore. But I don't want to keep it as a draft.]






Status semalam: Letih. Rasa nak deactivate facebook.










Tapi aku tak jumpa mananya nak deactivate tu, bhahah. Benci timeline.



Aku gelak gelak pun, aku huha huha pun, jauh di sudut hati, aku tak boleh nafikan yang aku betul betul sedih.


:)


Smiley. Itu je lah yang mampu aku buat untuk sorok sedihnya tersiatnya tercariknya perasaan jantung hati ku ini. Haha


Dan haha.


Aku hargai kewujudan ejaan 'haha' ni, sebab tak kira lah dalam apa situasi pun ayat tu, ia seolah-olah menjadi satu faktor peneutral untuk semua emosi, dari sedih menjadi gembira, dari bodoh menjadi pandai, dari hot menjadi cool, atau ikut suka kau lah nak rasa apa.



Contoh: Puaka betulla kau ni, haha.

Contoh: Awak masak tak sedap langsungla, haha.

Contoh: Padan muka tak dapat JPA, haha.


Oh yang last tu best. Asyik post pasal JPA tak habis-habis. BANGG!


Tertembak diri sendiri.

2 comments:

  1. kita pun suka sebut HAHA...walaupun tgh kutuk2 org...contoh...weh buruk betul baju kau..haha..see? nmpakk lebih selamat! an?

    ReplyDelete

Thanks for commenting! :)