20 October 2012

My rants on worldly thing called sports.

Assalamualaikum. Ewah tajuk bahasa Inggeris tetiba isi entri bahasa Melayu, LOL. Entri ini adalah entri pertama yang aku letak di sini for personal ranting purpose. Hopefully this will be the first and the last.


Ah rojak sudah.


Baik aku mulakan. Aku memang sejak azali lagi, sejak aku lahir malah mungkin sejak aku masih berada di dalam rahim ibu lagi yang Allah dah takdirkan yang aku tak akan minat pada sukan. Tak akan. Even if I tried.


 Make a big troll face, audience.



ZAMAN SEKOLAH RENDAH


  • Marathon pusing padang cenonet: Member-member ambik masa 15 minit hingga 20 minit. Aku ambik masa satu jam.
  • Merentas desa 7km: Teman-teman seperjuangan 1 jam perjalanan (dengan kaki) dah sampai perkarangan sekolah, aku ambik masa 2 jam masih terkedek-kedek berpeluh berlelah semput tarik nafas hembus tarik nafas hembus kalau dapat melihat just a glimpse of pintu pagar sekolah pun dah sangat bersyukurrrr.
  • Main bola jaring: Ahli sepasukan tak nak baling kat aku. Bila aku mintak baling, bola terbaling kat muka aku.


Picture credited to: 1UPWN


Nasib baik gambar kat atas tu bola ragbi. Puaka sungguh.



ZAMAN SEKOLAH MENENGAH


  • Main bola sepak: Konon nak bagi gol, sepak sekuat hati tapi kasut aku yang melayang. Tak masuk gol pulak tu.
  • Merentas desa 10km: Tak larat → Duduk tepi jalan pura-pura sakit perut → Cikgu tanya → Balik sekolah naik van → Sampai awal → LOL
  • Masuk kelab pingpong: Rasa bosan sebab net kecik sangat, cemburu melihat kawan-kawan lain main badminton melolong melalak. Dua tahun join, lepastu keluar.
  • Tahun seterusnya masuk kelab bola jaring: Jadi setiausaha je. LOL



ZAMAN MATRIKULASI


  • Aku duduk jauh-jauh dari segala aktiviti sukan. Sebab tu aku tak ada effort langsung nak sertai KAKOM (Karnival Kokurikulum antara Matrikulasi) 2012, paling tak pun masuk try masuk kebudayaan (menari). Itu pun dah bila suarakan hasrat nak masuk kebudayaan, tidak semena-mena mendapat 'surat amaran' dari nenek, dan pakcik:



"Jangan berani-berani nak masuk menari."



Picture credited to: snstoman




But at least I tried.


Aku kalau bab baling-baling bola (bola jaring, bola keranjang, bola baling, etc) memang selalunya bola akan tepat melayang ke muka aku. Kisah benar, tak tipu. Paling tak pun aku hebat menangkap angin! Bab sepak-sepak pukul-pukul bola (bola sepak, futsal, besbol, hoki dan sebagainya) selalunya peralatan akan terbang dulu: kasut, pemukul, atau air liur (sebab mencarut membabi buta terhadap peralatan tersebut).


Kalau masuk acara lari, dapat nombor kedua terakhir pun sudah alhamdulillah.. Sujud syukur.. takdela malu sangat kalau dibanding dengan dapat nombor terakhir hee hee hee.


Tapi mungkin di sebalik semua ini sebenarnya, ada jugak sukan yang aku pandai. Ada jugak sukan aku yang reti main. Ada jugak sukan yang tak buat hidung aku berdarah. Ada jugak sukan yang aku selalu sertai..






Iaitu SUKANEKA. Kbai!

2 comments:

  1. Hye..=) sy plak minat sukan..hehe..!!..dari zaman sekolah rendah, untill kolej, memang maen netball..untill skolah menengah just maen bola baling..hehe..best tw..!!..

    ReplyDelete
  2. I know.. And plus, netball is so girlish! Hehe. I guess I just don't have what it takes to be a netballer: bravery.

    HAHA! :p

    ReplyDelete

Thanks for commenting! :)