12 October 2012

Perbezaan pendapat

Bukan senang kita nak sampaikan apa yang kita rasa. Manusia diciptakan sangat unik sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti cap jari bagi setiap manusia di muka bumi ini adalah tak sama, tak ada yang serupa. Inikan pula kalau pendapat peribadi.







Tapi tak boleh jugak cakap macam ni.


Sebab kalau pendapat semua manusia berbeza, macam mana boleh terwujudnya persatuan sekerja? Dari mana terbentuknya ikatan belia dan remaja? (Contoh ya, contoh..) Hala tuju dari kesepakatan yang terbentuk adalah bertunjangkan matlamat yang sama. Manusia yang berbeza, tapi pendapat sama.


Tapi tak boleh jugak cakap macam ni.


Sebab walau dah bersatu pandangan dan hala tuju, pasti ada perselisihan pendapat ada orang ni nak macam ni ada orang tu nak macam tu dan seterusnya lah. Dalam persatuan yang baik ada jugak orang yang jahat, dalam persatuan jahat ada jugak orang yang baik.


Haha sesuka hati aku je nak tembak macam tu :P


Bergantung macam mana kita nak terima perbezaan tu.


Tapi aku ni jenis payah sikit kalau berselisih pendapat yang sampai tahap bertekak. Lagi kalau aku tau apa yang aku cakap tu betul, based on logic. Aku benci sempitkan pemikiran. Sempit-sempit tu jugakla yang susahkan kau, so akhirnya kau kena jugak pikir poin-poin dari orang lain dan terima lah walau 1% daripadanya.


Then aku buat apa?

























Duduk diam dan kutuk dalam hati. Kbai.

No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :)