21 October 2012

Ulasan: Kelantan juara Piala Malaysia 2012

Assalamualaikum.


Lambat sikit kemaskini entri tentang kemenangan Kelantan ke atas ATM malam tadi. Entri ini adalah untuk memenuhi keperluan tema yang dipilih iaitu sukan. Teruskan membaca :)




Sumber: Sinar Harian



Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan ATM dengan jaringan 3-2 dalam perlawanan akhir malam tadi (20 Oktober 2012) di Stadium Shah Alam sekali gus merangkul kejuaraan treble 2012 iaitu tiga kejuaraan dalam musim ini ― Juara Liga Super, Juara Piala FA, dan Juara Piala Malaysia.


Jaringan pertama dilakukan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-43 separuh masa pertama perlawanan, kemudian ATM menyamakan kedudukan dengan jaringan Rezal Zambery Yahya pada separuh masa kedua menjadikan kedudukan, 1-1 sama. Namun Kelantan kembali di hadapan dengan jaringan oleh Norshahrul Idlan seminit selepas itu.


Gol penyamaan berjaya diperolehi hasil tandukan Marlon Alex James pada minit ke-61 sekaligus menjadikan kedudukan antara kedua-dua pasukan 2-2. Akibat terikat, masa tambahan diberi sebanyak 30 minit.


Namun pada minit ke-5 masa tambahan tersebut, satu gol berjaya dijaringkan hasil gerakan menarik Indra Putra sekaligus menjadi memberi kemenangan hebat buat Kelantan dan menguburkan harapan ATM untuk menjuarai Piala Malaysia kali ini.


Berikut ringkasan perlawanan tersebut:


Jaringan ATM

  • Rezal Zambery Yahya - minit ke-48
  • Marlon Alex James - minit ke-61

Jaringan Kelantan

  • Norshahrul Idlan Talaha - minit ke-43 dan 49
  • Indra Putra - minit ke-95

Kedudukan jaringan: (3) Kelantan - (2) ATM



Ringkasan keseluruhan Piala Malaysia 2012:

  • Juara: Kelantan
  • Naib juara: ATM
  • Pemain terbaik perlawanan akhir: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
  • Pasukan fair play: Kuala Lumpur



Sekian sahaja dari saya. Akhir kata, TAHNIAH KELANTAN! Gomo kelate gomo~ :D





[sumber berita: Utusan Malaysia, Sinar Harian, Sokernet, dan blogger bebas]

No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :)