30 November 2012

Bola yang kau sepak-sepak

Aku tengok bola kadang-kadang je, tapi barely once a year lah bahahahah. Match yang paling aku enjoy ialah masa Piala Suzuki yang Khairul Fahmi jadi goalkeeper tu, aku tengok sampai terloncat-loncat excited tengok dia tahan bola. Lepastu pheewit! Terus nama trending kat Twitter, terus famous seantero Malaysia-Indonesia.



Uuuuu~ *human wave*


Tapi aku serabut pasal bola sebab fanatiknya penyokong pasukan tu (sama macam korang fanatik Kpop lah sampai baling-baling barang masa Shout! Awards LOL) campak-campak mercun lah, baling-baling botol lah, pukul-pukul kalau kat rumah dia seorang bapa yang penyayang tetiba kat tempat duduk penyokong jadi gangster tak bertauliah, last-last ada yang mampus kena pijak.


Sorry la nak cakap, tapi kalau meminati dengan cara sederhana kan lebih berhemah dan cantik? Dendam lah macam mana pun, rival lah macam mana pun, persaingan hanya persaingan, bukan persetanan.


Semalam rumet aku baca benda lawak, pasal bola sepak la apa lagi bola yang kau sepak-sepak selain bola sepak kan. K konon tongue twister lah keh keh. Semua ni pasal Piala AFF Suzuki. Tak tau sapa cakap ni,



Indo campur dog jadi indog. Malaysian campur anjing jadi malaysianjing. Oh, sama spesies je rupanya..


Memanglaa. LOL, kita kan serumpun.


Tapi ni bukan tujuan nak bakar sentimen kenegaraan eh, kalau tetiba ada yang nak bangkitkan pasal sentimen-sentimen ni aku bagi penampor sedas sorang sebab tak paham bahasa. Sapa suruh fanatik sangat sampai ter-binatang negara sendiri. Semua pun kerana bola.


Bola yang kau sepak-sepak tu..


Sekor spesies Inggeris sekor spesies Melayu. Sorry ruangan komen ditutup, kah kah kah


28 November 2012

Kerana lelaki yang berlari

Aku rasa macam jatuh cinta.


[HUGE ALERT OF EXTREME FAN-GIRLING!]


Sejak beberapa hari ni aku angau semacam asyik tengok Korean variety show je, kalau tak Korean variety show aku nak tengok Korean gag concert, singing battle ke apa ke. Aku tak tau kenapa. Semua nak Korea. Titik. Mungkin aku bosan sangat. Titik. Mungkin aku nak lepas tension dari exam aku yang prestasi macam huewkk. Titik.


Sekarang tengah angau. Nama dia Park Tae Hwan. Gedik gila nak angau kat mamat Korea, ya, sila muntah sekarang hahahaha


Dia seorang international swimmer, and of course untuk Korea lah takkan untuk aku pulak keh keh keh. During 2008 he won a gold medal for 400 meter freestyle and a silver for 200 meter freestyle in Summer Olympics. It was the first gold medal for Asian and he was also the first Korean to receive gold medal in swimming event.


I guess that's the very reason why Korean call him The Prince of Sea, or not, The Marine Boy. I prefer both, the nicknames are just too cute as cute as his smile is, too cute to handle jaebal! >.<






Okay berbahasa ibunda balik. Siap ada lagu khas lagi untuk Park Tae Hwan ni tau sangat tak boleh belah mungkin sebab bangga sangat kot, takpe aku bangga gak nak nyanyi, the song's quite good ah (amboi grammar) So here it is, tekan play untuk play (takkan tekan hidung pulak untuk play haha)


Marine Boy - Kim Soo Hyun



In 2012 he participated in London Olympics but accused for a false start and got disqualified after winning the 400 meter freestyle in the heat opening. The statement then reinstated but it affected his chance to win another gold medal and defend his title during Beijing Olympics 2008. I guess that was just another trick to bring Taehwan down since he got so much potential to win for gold.










Anyway he won silver medal. Okay lah tu. Licik dan tidak guna betei orang yang tuduh false start tu *geram* *lepastu gelak* *sebab tengok gambar dia comel* *lepastu korang mual lepastu tekan [X]* Silakan silakan :p


And there's his unique trademark, wearing headphone. Sebelum start competition dia akan keluar dari tempat 'persembunyian' atlet tu dengan pakai headphone, haha cool~







Argh sekarang ni memang tengah suka gila dengan dia ni, but Ama said, "I know this won't last long, Izzah" haha we'll see Ama, we'll see :p


Then some pictures, and pictures.., and pictures..










Kamon tak boleh nak comel lagi ke kahkahkahkah XD


Tapi setiap pemula adalah puncanya kan, aku jadi bengong sebab tengok episod 109 dan 110. Dan setiap permulaan pasti akan ada pengakhirannya, haaa tunggu masa je hahahahaha


So far marilah ber-melting-melting secara berjemaah dulu dengan aku.




Lihatlah senyumannya. Ini semua gara-gara kau, Running Man.
(Running Man = Lelaki yang berlari)



K dah habis, bye.




*post ini di bawah label sukan, annoying tak? boleh la sebab dia kan swimmer, and swimming kan one of sports event in Olympics kah kah kah


25 November 2012

Ayam bengang

Tergelak tengok muka ayam ni, dan reaksi makcik tu.






Tengok apa yang ayam ni marah sangat?

20 November 2012

I survived, but

Ecewah survive sangat katanya.



Picture credited to: khrabeesh




Kisahnya begini, aku walaupun rumah dekat dengan kolej, cuti pun tak berapa lama hanya dua tiga hari saja, memang aku rajin sangat balik. Rajin sangat malah nak suruh siapkan tutorial untuk kejar 4 flat pun tak pernah serajin ini. (Harapan sangat). Penghasilannya, barang keraplah tertinggal...


Tapi kalau setakat sepit baju seketul dua tertinggal tak menjadi masalah, yang agak bermasalahnya ialah...


18 November 2012

Grammar goofs ! ..that make you look silly.

Hi everyone! It is a really sunny Sunday today, I'm sweating. Huhuh. Here's an interesting infographic I found on the net, I'm sharing it here and wish we could all learn something from it.


Oh My English! ^_^




Source: akustressgiler


I bet 70% of you readers won't even finish reading it, say yes? :P

12 November 2012

Jackal Is Coming! ..the trailer

Album Urban Zakapa [02] dah release rupanya Oktober 31 haritu, balik ni barulah terkedek nak sedut sedut haaaih begitulah hakikatnya kalau tak duduk rumah, rasa macam internet semua terbatas ~__~


Anyway, Jackal Is Coming! Tengok trailer pun rasa dah kelakar gila cite ni, bahahaha! (tiba-tiba tergelak sendiri) muka Song Jihyo la dalam movie ni tak boleh blah dengan rambut dia dengan mimik muka dia aku rasa macam nak gelak guling guling geli hati muahahahaha


Ada Kim Jaejoong sekali, the every Kpoper's favorite (ecewah kununnya). Movie ni dikhabarkan akan release pada November 15, 2012. Tak sabar! :D


Jom tengok trailer *wink wink wink wink wink wink wink wink oke dah cukup*




Credit: topstarnews


Mungkin selepas publish post ini aku akan dilabel sebagai Kpoper, well I beg to differ bro, aku layan semua okay. Not only Kpop Jpop Mpop Npop Tpop Lolipop, I'm an Anypop. Heheheheh

10 November 2012

NAK KAHWIN !

Nak kahwin dengan orang Kelantan! Bolehla pegi jauh sikit masa kenduri ke masa majlis ke masa nak balik raya ke. Lepastu boleh rasa makanan dia yang ala manis-manis dan air tangan orang Kelantan yang sedap-sedap tu.. Dengar cerita orang Kelantan masak sedap dan orangnya pun hengsem dan cantik cantik.


Tapi bukan aku la yang nak kahwin, sepupu aku. Kah kah kah *trollface*


Majlis kahwinnya kat Kelantan, so yeeehaaaa! Merasa lah travel jauh sikit dari rumah takdela asyik ulang alik ulang alik Bangi ke rumah je =__=




ALHAMDULILLAH WE'RE GETTING MARRIED!
kata kartun di atas (semestinya bukan kata aku lah).



Sedang anda membaca post ini, mungkin aku sudah pun dalam perjalanan yang memakan masa satu jam itu. Pergi dengan nenek. Yang lain-lain mungkin perjalanan 10 jam or 12 jam sebab kitorang berdua je pegi by flight muwahaha! Jadi..... ucapan aku di tengahari yang mulia ini ialah...







KOTA BHARU
I'M COMING :D


Bajet macam jauh gila, pui!


09 November 2012

Taylor Swift's new album: RED (2012)

Hi, so yeah the title says it all.


Just finished downloading her new album - deluxe edition (illegally from the site of who the hell cares I don't remember), and oh I like her. It was released on October 22, phewh, in my storage I had like all her albums (and of course, downloaded illegally), there are all six, you name it.


But I'm neutral, not a big fan, and definitely not an anti.






The album cover and her red lips 


Now playing and still listening, already halfway through the playlist. So far it is a hm hmm okay just nice, mostly are slow-paced songs but I'll recommend you Come Back Be Here.


That's all from me now, bye! :)

08 November 2012

[HELP] Malware detected in my blog, what should I do :'O

I was checking out new comments on my site and I was stopped at this:




Boleh klik gambar untuk tengok lebih jelas apa Google cakap pasal blog aku.
Something's not right here aarggh menyampah!



Ugh come on I have just started blogging in less than 3 months and now my blog is infected by malware link? C'mon this is no fun, seriously!


Ada sesiapa tahu macam mana nak setelkan masalah ni? Nak mintak tolong tetiba sedar diri jadi melayu balik. Haish, rasa down nak blogging kalau macam ni.


Takda sape nak tolong ke? Sedihnya :"(

Balik cuti midsem :D

Assalamualaikum semua, minggu depan aku cuti midsem selama seminggu. But since hari Jumaat aku takde kelas so lepas habis kelas japgi terus balik hola hola hola hola *menari-nari pusing satu bilik*


Balik kali ini tak banyak beg kot nak bawak, tak ada lagi idea gila seperti cuti raya haji haritu nak bawak balik printer lah, buku dua tiga ikat, dan pelbagai lagi aneka barang apeke takde keje sangat nak angkut satu bilik balik naik komuter.  Naik komuter tau bukan naik lori -.- (Tapi kalau ada orang yang datang ambik mungkin aku akan angkut printer tu sekali dengan semua isi almari mungkin mhahaha)





Bye, aku excited gila nak balik :D

07 November 2012

In friendship, there'll always be two worlds collide





Demi Lovato - Two Worlds Collide lyrics

She was given the world
So much that she couldn't see
And she needed someone
To show her who she could be

And she tried to survive
Wearing her heart on her sleeve
But I needed you to believe

You had your dreams, I had mine
You had your fears, I was fine
It showed me what I couldn't find
When two different worlds collide
La da-da da-da!

She was scared of it all
Watching from far away
And she was given a role
Never knew just when to play

And she tried to survive
Living her life on her own
Always afraid of the throne
But you've given me strength to find hope!
You had your dreams, I had mine
You had your fears, I was fine
It showed me what I couldn't find
When two different worlds collide

She was scared, unprepared
And lost in the dark, falling apart
I can survive with you by my side
We're gonna be alright
(We're gonna be alright)
This is what happens when two worlds collide

You had your dreams, I had mine
You had your fears, I was fine
It showed me what I couldn't find
When two different worlds collide
La da-da da-da!

You had your dreams, I had mine
(You had your dreams, I had mine)
You had your fears, I was fine
It showed me what I couldn't find
When two different worlds collide
When two different worlds collide




Lyrics credited to lyricsmode.com


[Acute rojak sentences alert!]


Lagu ini mem-potray-kan kisah persahabatan, tells us that tak semestinya persahabatan kena saling sentiasa agree antara masing-masing, friends do support each other but not until one do the wrong thing. Sahabat juga bertelingkah, they made arguments tapi pertelingkahan itu memberi pengajaran, because people naturally learn from mistakes and from the differences they had.


Pendek cerita semua orang perlukan kawan or sahabat kan? Even masa kat sekolah dulu nak pergi tandas pun kena berteman, LOL


So here's my favourite line:

You had your dreams I had mine
You had your fears I was fine

 Eh lain macam je hahaha

Music label :)

[Entry updated and adjusted. Click here]


Menguap, mengantuk.. Sebab esok kelas pagi tapi aku masih tercongok depan laptop untuk taip seberapa banyak draf untuk publish dalam blog ni, persediaan awal takut kena maki huhuhu. Entri ni sebenarnya aku taip selepas habis aku taip entri untuk post selepas entri ni hah pening tak? Nanti korang paham lah. 





Anyway, ada label baru, nun kat atas tu, posted by Nurul Izzah Razaman on the unspoken words. Kemahen kau. Apa yang unspoken word nya?


Pernah tak korang rasa satu feeling tu, sama ada rasa sedih atau gembira, gaul rata dengan duka dan lara (muntah sebaldi), tapi korang tak tau nak describe macam mana perasaan tu kat orang lain. Kiranya nak luahkan perasaan nak kurangkan serabut kat best friend sendiri tapi jadi macam bertambah serabut sebab sendiri pun tak paham entah rasa apa entah kan. (Selalu aku la tu, HAHAHA)


Tapi bila dengar certain lagu, terus dapat tangkap mood tu. Yes, ni aku dah serabut taktau nak describe acano, tapi simply said lah kan macam ni, the undescribable itu ter-describe melalui lagu. Ewah description.


Since aku ada banyak gila lagu favourite, aku nak share dengan korang. Ittew memang suka berkongsi minat ittew ha ha ha ha.


Berjumpa lagi di entri seterusnya! *wink*

06 November 2012

.




by Simple Plan.


Tapi ini lagu AdaMu dari Najwa Latif.



Kenapa? Suka hati lah :P

05 November 2012

Funny football celebration

Assalamualaikum everyone, hi.


Tak nak cakap panjang sebab kat blog ni tak boleh nak bercakap k lawak bodoh jangan gelak lalalala dah jom tengok video ni sumpah kelakar sangat tau *drum rolls*






Inilah dia entri untuk tema sukan aku simple je kan takde review pasal sports match ke apa ke haku memang tak tahu hape pasal sukan hoi HA HA HA


They are soccer team from Iceland called the Stjarnan FC (source: youtube). How creative, but warn your child not to copy this at home. Lagi-lagi yang stail flush mangkuk jamban tu


Buahahaha

04 November 2012

Buruk

Bak kata pepatah, ku sangka permata rupanya kaca, seperti kaca terhempas ke batu, ku sangka batu rupanya berlian. Tetiba


Tak ada kaitan.


Aku ni ada satu perangai kurang molek iaitu cepat bosan. Masa mula-mula aku suka kat something (atau someone), aku akan gila-gila infatuated dengan something (atau someone) itu. Sebagai contoh, Kim Myungsoo dari INFINITE atau stage name L.


Aku mula kenal dia dari satu online fanfiction (yang sangat best) dan aku cuma kenal nama. Dari situ aku google nama dia dan tengok, waaah, memang taste aku do, mata sepet, senyum comel, kening ori (eh?) muka typical Asian hehehe





Hai *grin*



Eh eh malu I.




Oh comel gila aku kat atas tu.


Lepastu lama lah aku melekat kat fanfiction tu, suka search nama L kat Youtube lepastu download lepastu gelak lepastu melting melting jap then tah bila, aku start bosan bye bye L bye bye aku dah bosan dengan kau bye jangan cari aku lagi HAHA


Lepastu terpikir jadahnya aku ambik L jadi contoh =.=


Lepastu aku suka warna putih. Aku suka something yang simple, dan minimal. Since less is more, less is pretty, and me is clumsy eh shadap you.


Sekarang ni alkisahnya aku dah start bosan tengok blog sendiri, aku rasa yang blog aku ni buruk... Ughh T____T







02 November 2012

Mood head swing






EXAM.

Tarikh: 3 November 2012
Subjek: Mikroekonomi

Progress: Langsung tak jalan.








01 November 2012

Bikin tak bikin

Jangan salah baca jadi bikini pulak.


Assalamualaikum. Malam ni aku emo sikit, bukan emo yang ringan tangan nak baling periuk lempar-lempar meja tu, ini emo yang asyik menitis air mata dek tersentuh dan terkesan di hati. Ewah kau.



Ingat tak entri ini? Bak kata anak muda sekarang, yok yok ooo je kau.. Sekali betul. Hidup aku rasa macam tak jalan ah takde laptop, walaupun berpuluh kali mak aku cakap tak payah pakai laptop tu pun tak apa dulu mak belajar tak guna pun laptop-laptop ni. K. Aku tak boleh. Kau boleh takde laptop tu hal kau, ni sekarang hal aku. Aku tak boleh.


Lepastu petang tadi dapat je sms dari Puan Wan kelas Academic Communication cancel, terus aku balik kolej, terus naik bas 6Z, terus pegi KTM UKM, terus beli tiket, terus naik tren, terus sampai Sungai Buloh, terus aku duduk tunggu bas, terus aku dapat bas, terus aku sampai Ijok, terus pakcik aku datang ambik, terus aku happy lol lol lol aku dah sampai rumah peluk-peluk cium nenek aku dah alhamdulillah......


Kalau dah terlebih guna satu-satu perkataan tu kadang-kadang aku boleh jadi konpius, apa maksud jadah perkataan ni? Apa maksud terus ni? Wujud ke perkataan terus ni dalam kamus bahasa Melayu ni? Ha? Wujud ke wujud ke?


Kali ni aku nak cakap yang aku cakap tak serupa bikin, kononnya takkan hantar lappy gi repair la takda duit la apa la padahal harini aku balik rumah, terus hantar laptop gi kedai, terus siap, terus dapat, terus guna buat tulis entri ni, terus aku pening yang 'terus' ni sebenarnya wujud ke tak dalam bahasa Melayu?


Menangis aku tengok nenek dengan paman banyak gila berkorban wang dan masa demi aku, lagi-lagi harini tolong hantar gi kedai kat Kuala Selangor, tolong provide repair fee untuk skrin yang retak seribu ni padahal semua jadi atas silap aku sendiri. Rasa sedih dan terharu, sedih sebab kalau nak tambah tolak darab bahagi, banyak sangat yang aku dah susahkan dorang selama ni dah berkorban macam-macam. Kalau aku listkan tak terhabis sampai ke anak cucu. Terharu sebab walaupun aku ni budak nakal ya Rabbi jahat degil bising membebel pemalas melengkor tapi dorang tetap tunjuk kasih sayang tak berbelah bahagi, sedang aku tak mampu lagi nak balas budi walau sekelumit.


Aku tak tahan menangis sebab aku terfikir, kalau lah satu hari nanti, aku ditakdirkan berjaya tapi jadi lupa daratan, kasihannya nenek kasihannya pakcik kasihannya emak, aku tak layak hidup dalam keluarga seindah dan semulia macam ni, I should just go die. Seriously. :'( Aku tak nak. Mintak jauh.


Semoga dapat peluang untuk balas jasa-jasa mereka.

..



Ah, ternangis pulak.