01 November 2012

Bikin tak bikin

Jangan salah baca jadi bikini pulak.


Assalamualaikum. Malam ni aku emo sikit, bukan emo yang ringan tangan nak baling periuk lempar-lempar meja tu, ini emo yang asyik menitis air mata dek tersentuh dan terkesan di hati. Ewah kau.



Ingat tak entri ini? Bak kata anak muda sekarang, yok yok ooo je kau.. Sekali betul. Hidup aku rasa macam tak jalan ah takde laptop, walaupun berpuluh kali mak aku cakap tak payah pakai laptop tu pun tak apa dulu mak belajar tak guna pun laptop-laptop ni. K. Aku tak boleh. Kau boleh takde laptop tu hal kau, ni sekarang hal aku. Aku tak boleh.


Lepastu petang tadi dapat je sms dari Puan Wan kelas Academic Communication cancel, terus aku balik kolej, terus naik bas 6Z, terus pegi KTM UKM, terus beli tiket, terus naik tren, terus sampai Sungai Buloh, terus aku duduk tunggu bas, terus aku dapat bas, terus aku sampai Ijok, terus pakcik aku datang ambik, terus aku happy lol lol lol aku dah sampai rumah peluk-peluk cium nenek aku dah alhamdulillah......


Kalau dah terlebih guna satu-satu perkataan tu kadang-kadang aku boleh jadi konpius, apa maksud jadah perkataan ni? Apa maksud terus ni? Wujud ke perkataan terus ni dalam kamus bahasa Melayu ni? Ha? Wujud ke wujud ke?


Kali ni aku nak cakap yang aku cakap tak serupa bikin, kononnya takkan hantar lappy gi repair la takda duit la apa la padahal harini aku balik rumah, terus hantar laptop gi kedai, terus siap, terus dapat, terus guna buat tulis entri ni, terus aku pening yang 'terus' ni sebenarnya wujud ke tak dalam bahasa Melayu?


Menangis aku tengok nenek dengan paman banyak gila berkorban wang dan masa demi aku, lagi-lagi harini tolong hantar gi kedai kat Kuala Selangor, tolong provide repair fee untuk skrin yang retak seribu ni padahal semua jadi atas silap aku sendiri. Rasa sedih dan terharu, sedih sebab kalau nak tambah tolak darab bahagi, banyak sangat yang aku dah susahkan dorang selama ni dah berkorban macam-macam. Kalau aku listkan tak terhabis sampai ke anak cucu. Terharu sebab walaupun aku ni budak nakal ya Rabbi jahat degil bising membebel pemalas melengkor tapi dorang tetap tunjuk kasih sayang tak berbelah bahagi, sedang aku tak mampu lagi nak balas budi walau sekelumit.


Aku tak tahan menangis sebab aku terfikir, kalau lah satu hari nanti, aku ditakdirkan berjaya tapi jadi lupa daratan, kasihannya nenek kasihannya pakcik kasihannya emak, aku tak layak hidup dalam keluarga seindah dan semulia macam ni, I should just go die. Seriously. :'( Aku tak nak. Mintak jauh.


Semoga dapat peluang untuk balas jasa-jasa mereka.

..



Ah, ternangis pulak.

4 comments:

  1. senang citer smoga trus sukses & trus dapat balas jasa2 mereka ^^

    ReplyDelete
  2. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT. Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete

Thanks for commenting! :)