30 November 2012

Bola yang kau sepak-sepak

Aku tengok bola kadang-kadang je, tapi barely once a year lah bahahahah. Match yang paling aku enjoy ialah masa Piala Suzuki yang Khairul Fahmi jadi goalkeeper tu, aku tengok sampai terloncat-loncat excited tengok dia tahan bola. Lepastu pheewit! Terus nama trending kat Twitter, terus famous seantero Malaysia-Indonesia.



Uuuuu~ *human wave*


Tapi aku serabut pasal bola sebab fanatiknya penyokong pasukan tu (sama macam korang fanatik Kpop lah sampai baling-baling barang masa Shout! Awards LOL) campak-campak mercun lah, baling-baling botol lah, pukul-pukul kalau kat rumah dia seorang bapa yang penyayang tetiba kat tempat duduk penyokong jadi gangster tak bertauliah, last-last ada yang mampus kena pijak.


Sorry la nak cakap, tapi kalau meminati dengan cara sederhana kan lebih berhemah dan cantik? Dendam lah macam mana pun, rival lah macam mana pun, persaingan hanya persaingan, bukan persetanan.


Semalam rumet aku baca benda lawak, pasal bola sepak la apa lagi bola yang kau sepak-sepak selain bola sepak kan. K konon tongue twister lah keh keh. Semua ni pasal Piala AFF Suzuki. Tak tau sapa cakap ni,



Indo campur dog jadi indog. Malaysian campur anjing jadi malaysianjing. Oh, sama spesies je rupanya..


Memanglaa. LOL, kita kan serumpun.


Tapi ni bukan tujuan nak bakar sentimen kenegaraan eh, kalau tetiba ada yang nak bangkitkan pasal sentimen-sentimen ni aku bagi penampor sedas sorang sebab tak paham bahasa. Sapa suruh fanatik sangat sampai ter-binatang negara sendiri. Semua pun kerana bola.


Bola yang kau sepak-sepak tu..


Sekor spesies Inggeris sekor spesies Melayu. Sorry ruangan komen ditutup, kah kah kah