12 December 2012

Kad kad kad banyaknya kad!

Assalamualaikum.


*background sound: haa haa haaaaa~* ala-ala cerita Spongebob


Akhirnya selepas beberapa abad dan kurun aku menanti akhirnya muncul jugak lubang hidung Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) depan lubang mata aku (ambek kau lubang lubang geram aku tunggu lelama padahal universiti lain dapat dah berzaman dulu dah) Tapi sekarang alhamdulillah... Lepasni boleh melahap Dubu Dubu dan masa nak bayar bil di kaunter boleh dengan bangganya tunjuk KADS1M ni muahahaha


Lepasni nak cerita pasal Dubu Dubu, sabar eh :p


Sejak duduk UKM ni lah kan, aku dapat rasa lah satu anjakan paradigma yang sangat hebat iaitu paradigma kepala hotak kau semua subjek merudum rasa nak tunjal kepala dengan buku tebal yang aku beli tapi tak ponah aku nak pakai podahhhhh!!!! Okay tarik napas hembus tarik napas hembus and duduk diam.


Bukan anjakan paradigma lah, bukan ke aku dah cerita kat tajuk atas tu? Kad. Semenjak aku masuk unibersiti kebanggaan malaya nih koleksi kad aku makin lama makin banyak, kalau dulu dalam dompet penuh dengan gambar-gambar kartun pooh dan winnie yang buat penyeri ruang kad di dompet atau kad avril lavigne dengan skateboard-nya, sekarang yang kononnya 'kad-kad' tu dah boleh buang masuk tong sampah sebab kali ni aku ada kad yang betul-betul KAD PUNYAA.


Masuk-masuk daftar kolej je dapat kad kampus satu, kad kolej satu, dah dua. Lopah tu bukak akaun Bank Islam dapat lagi kad bank sebijik (bolehla couple dengan kad BSN aku), lopah tu tadi bukak akaun CIMB pulakdah dapat lagi sebijik kad, lopahtu dapat pulak KADS1M tu ha, kat tangan aku ni ada 3 KADS1M sobab mosabab nya aku gatai nak ambikkan untuk Ama dengan Ain, dah semua sekali dah ada 8. Belum campur lagi kad IC aku, kad AVON aku, kad Elianto, kad Watsons, kad lesen L, eh, baru dapat L ka? Ya dah nak dekat dua tahun aku sangkut dekat L puaka Harmony Driving Academy sebab tipu aku kah kah kah k.


Tak campur lagi IC lagi satu, aku ada dua IC. Ada 3 kad bank, ada 3 kad diskaun siswa, ada 2 kad kolej, dan beratuq beberapa kad merepek-repek (nasib baik kad Tesco haritu dah terbuang) peh banyak gila kaaaaaaaaddddddd. *pegang kad dalam susunan kipas sambil berangan pegang kad kredit platinum* keh keh keh


Banyak gila kad woi. Tu je bye.

4 comments:

Thanks for commenting! :)