12 December 2012

Makanan Korea dengan tekak Melayu aku

..dan tekak Jepun milik Anis.


Halo assalamualaikum ebelibadi.


Saya pemberita anda malam ini melaporkan dari bilik tingkat 4, Kolej Kediaman Pertama, UM. Tumpang bilik Anis wuhuuuu! Membersihkan kecelaruan anda saya bukan student UM ya, saya student Kebanggaan.


Yang paham tu paham lah yang tak paham sila jangan sedih lolol


Siang tadi jumpa Anis jalan-jalan di Midvalley (memang obvious lah ini post minggu lepas punya harini baru nak publishhhhh -..-)


Nama restoran tu Dubu Dubu, baru lagi kot tapi dah ramai kot yang pegi try dah, so aku takde niat lah nak buat review ke hape sebab masa makan tu memang tak hingat doniaaa lapor giloss lepastu makan habis setengah mangkuk tak hingat doniaa lagi sekali sebab rasa muak nak mampos... Kan dah tercarut. Sori.



Dubu Dubu bukan Budu Budu



Aku pesan Toppokki Soondubu Jigae, Anis pesan Beef Soondubu Jigae. Aku punya toppokki dia sama lah macam ddeokboki, memang benda yang sama la tapi nama je lain macam kuih pelita dengan kuih perahu la k nampok no nipunye nama reka sendiri


Toppokki = rice cake = kuih beras. Teksturnya kenyal-kenyal dan rasanya hampir tak ada rasa. Hahaha betul weh aku tak tipu, tapi sedap sebab kenyal. Kiu kiu kiu kiu *bunyi kunyah*



Ini gambar cilok blog orang aje, credit: neena



Yang Anis punya aku tak sanggup nak ingat hang tau dak, sadis gila. Aku rasa sikit dia punya tu pun sebenarnya cover feeling nak muntah, hanyiaqqqq tak hingat!


Mula-mula aku macam enjoy jugak makan soondubu ni sebab aku suka nasinya, lembut, pastu rasa naturally wangi sebab ada bijan, and aku layan jugak kimchi sebab ada rasa masam masin pahit kelat pastu lama-lama.... hmm... fill in the blank. Tak kena ah dengan selera kitorang. Lama-lama lepastu aku rasa nak muntah sebab banyak sangat tofu =.=


I mean like, banyak sangat tofu, which is, BANYAK SANGAT SANGAT.



How to enjoy your Soondubu

Dubu Dubu



Enjoy lah sana, pasni kalau aku datang Dubu Dubu lagi maybe aku ambik Toppokki Cheese dia je, mahal pun mahal lah (LOL padahal harga nak lebih kurang je) kbye.


psst. Anis. aku dah enable comment for anonymous, tinggalkan komen kau sekarang! ha ha ha ha

8 comments:

  1. Mesti akak tak kan pi dah dkt kedai situ kan.? :-P HEE


    Kalau sapa yg peminat Korea gila-2,jenuh la kalau depa kawin nanti. Jenuh makan muntah,makan muntah. HEE :-D

    ReplyDelete
  2. Hahahaha sape nak kahwin dengan orang Korea? Tak boleh tak boleh tak boleh sebab dorang kulit cerah sangat nyahahaha XD

    Lepasni maybe pegi lagi la kot, nak pi terai semua LOL :P

    ReplyDelete
  3. Entah la,sape-2 jelah yg begitu obses dgn artis Korea. HEE :)


    Ehh.? Nk pergi lagi.? Ok lah. Tapi,make sure jgn muntah lagi naa :-P HEE :)

    ReplyDelete
  4. hehe..sekejap je rasa sedap..lepas tu kena fill in the blank dah..kui kui kui

    ReplyDelete
  5. ini Anis yg mana erk?
    Well, memang aku suka Korea..
    Tp makanan dia aku susah sikit nak terima.

    ReplyDelete
  6. @MJ:

    Ni Anis kawan sekolah menengah aku la, hihi

    ReplyDelete
  7. Tekak sambal nak makan kimchi memang tak sesuai. hehe..
    Tapi kalau makan hari2, boleh jadi ketagih jugak :3

    ReplyDelete

Thanks for commenting! :)