14 March 2013

Dulu - Sekarang

Dulu masa kecik memang tak banyak akal, aku akui lah.

Kenapa just randomly aku cakap macam ni? Kita lihat satu kes.

Masa sekolah rendah aku ada kawan. Panggil S. Tak kenal sangat dengan dia la, dia budak baru waktu darjah 4 kalau tak silap. Nature dia seorang yang senyap.. sunyi.. takda bunyi. Orang tanya tak menyahut, orang menengking tak dibalas. Tambahan, wajah dia ni ada iras kucing sikit (tak tipu, dan bukan bertujuan untuk menghina, ini kisah masa sekolah rendah dulu paham-pahamla jangan pura-pura tak pernah buat).

Sebab nature dia macam tu, senangla orang nak naturally buli dia. Nampak tak kat situ? Nampak tak? Membuli dia menjadi satu perkara, jerit? Tengking? Herdik? Ejek? Perli? Cakap apa je, aku rasa semua pernah kena kat dia. Sampai ada satu tahap, dia terpilih untuk pergi Kem Pintar, tapi ada seorang kawan nak jugak pergi tapi tak terpilih. Panggil A. Diajaknya berkonfrontasi depan-depan, tapi A tak sabar sebab nature S yang senyap tak menyahut, habis ditengkingnya depan orang, budak-budak kelas lain semua terkejut nak tengok sape kena marah tu?

Then nampak S kena marah, sampai menangis-nangis. Merah mata. Ketap gigi. Cubalah teka? None of us did anything. None of us. Because we felt that it is common. It is common to scold quiet people like her.

I regret that now.


Aku dapat bayangkan how painful perasaan dia masa tu. Sebab sekarang dah besar dah lebih sikit akal. Aku kesian, sebab dia sekarang.... InsyaAllah Allah tahu apa yang terbaik untuk dia.

Saya dah update blog ni, Sir. Hehe assalamualaikum selamat malam :)  

2 comments:

  1. New here.Bagus ingat kisah lama.

    ReplyDelete
  2. ohh, ni izzah yang jumpa dekat bakery hari tu...patutlah mcm familiar nama tu time en. azzwan bgtau

    ReplyDelete

Thanks for commenting! :)